Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. I am Nadia Syamila. Welcome to one of places where I pour my heart, my emotions, my feelings and most of the things out. May we inspire each other. Hope we meet in Jannah. Pray for me. And forgive me for my mistakes. Jazakallahukhayr.

Monday, December 12, 2016

Ya Allah ya Tuhanku

Ya Allah ya Tuhanku
Bagiku..amat terindah atas setiap sesuatu yang telah Engkau kurniakan padaku.
Sejak kelahiranku di dunia ini dan setelah aku berupaya mengenali Engkau penciptaku
Ya Allah yang Maha Mengasihi, aku mengucapkan kesyukuran kepadaMu atas setiap sesuatu yang Engkau berikan kepadaKu, terima kasih ya Allah atas kesempurnaan penciptaanMu terhadapku..
Terima kasih ya Allah atas kebahagiaan yang Engkau titipkan ketika aku bersama keluargaku..
Terima kasih ya Allah atas kecukupan yang Engkau berikan dalam melayari bahtera kehidupan di dunia ini..
Terima kasih ya Allah atas setiap kejayaan yang telah Engkau rezekikan sepanjang kehidupanku..
Terima kasih ya Allah atas cinta dan kasih sayang yang Engkau letakkan di sanubari hatiku terhadap hamba-hambaMu yang lain..
Terima kasih ya Allah atas keindahan yang Engkau kurniakan pada diriku yang sepenuhnya milikMu..
Terima kasih ya Tuhanku.
Ya Allah, Engkau aku kenali Yang paling Mengampuni dan tiada yang mampu melebihi pengampunannya selainMu..
Sungguh hatiku memohon kepadaMu yang berkuasa atas diriku, ampunilah aku ya Allah..
Maafkanlah aku ya Allah atas setiap dosa dosaku terhadapMu Tuhanku yang menyayangiku..
Ketika mana aku melakukan dosa bersendirian atau terang terangan, sengaja atau tidak sengaja maka Engkaulah yang lebih mengetahui segalanya..
Ketika mana aku tidak dapat memujiMu seikhlas hatiku, ketika mana aku tidak dapat sepenuhnya khusyuk terhadapMu dalam ibadahku dan ketika mana aku tidak sedari ibadahku bukanlah kerana Mu semata-mata..
Maafkanlah hambaMu ini ya Tuhanku..
Moga Engkau menerima setiap taubatku ya Allah..
Sekiranya Engkau tidak memaafkan aku, kemanakah harus ku tuju ya Allah..
Sekiranya Engkau tidak mengampuni ku, siapakah yang akan mengampuniku ya Allah..
Berilah pengampunan dan kemaafanMu kepada hambaMu yang bertaubat sepertimana yang Engkau janjikan ya Allah yang Maha Mengampuni dan Maha Menerima Taubat
Ampunilah kedua-dua ibu bapaku, keluargaku, mereka mereka yang aku amat cintai, sahabat -sahabatku dan muslimin muslimat.
Ya Allah aku tidak dapat hadir lagi kali ini ke rumahMu ya Allah..tetapi dengarlah permintaan hatiku..
Ya Allah sungguh tiada Tuhan dihatiku selainMu..
Dan aku hambaMu yang lemah yang benar-benar memerlukanMu..
Jadikanlah aku dalam golongan hambaMu yang solihin, yang sentiasa mengingatiMu, yang sentiasa mensyukuriMu, dan yang sentiasa memberi yang terbaik dalam melakukan ibadah keranaMu..
Jadikanlah aku dalam golongan hambaMu yang Engkau kurniakan kemudahan dan kebahagiaan di dunia, seterusnya perlindungan di alam barzakh dan kubur, seterusnya kemudahan dan kesenangan pada hari yang pasti akan datang, dan kebahagiaan hakiki di dalam syurgaMu yang dibawahnya mengalir sungai sungai indah, yang disediakan buat hamba-hambaMu yang beriman dan beramal soleh..
Ya Allah.. Kurniakanlah kebahagiaan buatku dan orang-orang yang aku cintai keranaMu.. Titipkanlah keikhlasan dalam hatiku dalam mencintai, dan titipkanlah keikhlasan dalam hambaMu yang mencintaiku keranaMu..
Ya Allah ya Tuhanku, bagiku mencintaiMu adalah perkara yang paling terindah dalam hidupku maka Engkau kuatkanlah kecintaanku terhadapMu dengan penghadiran orang-orang yang solihin dalam hidupku dan satukanlah dan jodohkanlah aku bersama hambaMu yang soleh ya Allah..
Jodohkanlah aku bersama hambaMu yang bisa menjadi qurratun a'yun bagiku, yang setia hanya kepadaku dunia dan akhiratku serta dunia dan akhiratnya dan yang mampu membahagiakan aku keranaMu. Ya Allah kurniakanlah kami zuriat yang bertaqwa disisiMu..
Ya Allah setiap kejayaan itu milikmu sepenuhnya, maka kurniakanlah kemudahan dan kejayaan dalam aku mempelajari ilmu perubatan keranaMu, dan kurniakanlah agar aku berjaya menjadi seorang doktor pakar kanak2 yang sentiasa mensyukuri nikmatMu ya Allah sekiranya ia yang amat terbaik buatku, sungguh Engkaulah yang Maha lebih menyayangi diriku berbanding diriku sendiri ya Allah.
Ya Allah berikanlah kecukupan, ketaqwaan, kebergantungan sepenuhnya kepadaMu dalam setiap harian ku di dunia ini, dan moga-moga aku dikurniakan peneman hidupku dan akhiratku yang menghiburkan dan menenangkan jiwaku senantiasa di dunia dan di syurgaMu ya Allah.
Ya Allah berikanlah aku kemampuan dalam memahami agamaMu, dan berikanlah aku kebaikan dalam menolong agamaMu, serta kurniakanlah agar aku dapat menghafaz seluruh kalimahMu dalam alQuran sebelum aku meninggalkan dunia ini dan bertemuMu ya Tuhanku..
Ya Allah kurniakanlah cahaya pada wajahku dan keindahan atas setiap yang ada pada diriku, dan moga-moga Engkau menambahkannya setiap hari, dan mengindahkan akhlakku sepenuhnya ya Allah..
Ya Allah Engkaulah yang Maha Penyayang, Maha Mengasihi maka tunjukkanlah kasih sayangMu kepadaku setiap detik dalam kehidupanku, di sini dan di sana nanti..
Ya Allah Engkaulah yang Maha Melindungi, maka berikanlah perlindunganMu sepenuhnya terhadap diriku dan ibu bapaku serta keluargaku dan orang orang yang amat aku cintai dari segala musibah, dari segala bencana alam, penyakit yang berbahaya dan penyakit yang mengerikan, sihir, hasad dengki, kejahatan dan pandangan, syaitan2 dan iblis2 serta segala makhluk ciptaanMu. Aku berlindung dengan namaMu ya Allah yang Maha Melindungi..
Ya Allah akhirilah pengakhiran hidupku dan hidup orang yang aku cintai dengan sebaik2 pengakhiran ya Allah dan moga Engkau mengurniakan kami sebaik baik tempat kembali kepada Mu ya Tuhanku.
Ya Allah terima kasih kerana mencipta ku hambaMu ya Allah.
Ya Allah aku akhiri doaku dengan selawat dan salam atas junjugan rasulMu Muhammad sallahu alayhi wassalam. Alhamdulillahi Rabbil a'lamiin.

1 comment:

SR. Naqiyatul Amirah said...

Salam Nadia,

Kita nak mintak izin awak untuk copy doa nie. Tapi kita akan edit sikit sikit. Ya Allah thank you so much. May Allah bless you always nadia <3